Latihan Fizikal@PT Sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan aku sekarang. Dalam setiap latihan tidak sah kalau tiada latihan untuk keluarkan peluh. Antara contoh latihan yang menjadi kewajipan setiap hari ialah Tekan tubi, Lompat Bintang, Lompat Katak, PT Basic@Kuih Gulung, Port Roll dll. Nak tak nak mestilah kena buat kerana arahan daripada Jurulatih aku yang mesti diikuti kecuali ada sakit-sakit kew apa dan tiada istilah letih kew lemah dan sebagainya. Sebagai anggota Palapes, kami mestilah menjalani latihan selama 3 tahun sebelum di tauliahkan. Latihan itu seperti latihan tempatan, kem berterusan, kem tahunan. Setiap orang mestilah memperkuatkan stamina diri dan bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran hidup sebagai pelajar dalam masa yang sama sebagai Askar WataniahPalapes.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama penuh aku Muhammad Zaiful Hadi Bin Ab Latif dan nama panggilan aku "Hadi". Tahun ini adalah tahun ketiga dan sem depan aku akan menjalani praktikal. Aku ingin berkongsi kisah hidup aku dalam Palapes kat Upsi ni. Gambar ni ialah gambar pertama aku masuk Palapes. Mybe tarikh 10 Sept 2015. First interview untuk masuk Palapes a.k.a Askar Wataniah.
Comments
Post a Comment