Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018
Ini adalah tahun ketiga aku dan pada bulan 8 2018 ini aku bakal ditauliahkan di USM. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang aku lalui daripada junior sampailah ke senior sekarang. Masa kecik-kecik dulu suka sangat bermain dengan bedil buat sendiri. Sekarang ni barulah dapat memegang Senjata yang sebenar. Dalam Palapes ini aku diberi kesempatan untuk mengendalikan dan mencuba senjata yang sebenar seperti M16, M203, GPMG, BOM dll. Setiap kali kem, kami dibekalkan dengan peluru blank yang banyak untuk kami menimba ilmu dalam Askar ini. Dan pengalaman yang paling best ialah dapat menembak menggunakan GPMG. Senjata ini biasanya digunakan dalam filem di dalam negara dan luar negara. Aku mestilah memperbanyakkan belajar ilmu tentera supaya aku di tauliahkan sebagai Pegawai Muda yang mempunyai skill, attitude dan knowledge yang mantap dalam setiap sudut. Bagiku rugi kalau tidak memasukki unit beruniform kerana pengalaman tidak boleh dibeli oleh wang ringgit dan sangat bermakna dalam hidup....
Latihan Fizikal@PT Sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan aku sekarang. Dalam setiap latihan tidak sah kalau tiada latihan untuk keluarkan peluh. Antara contoh latihan yang menjadi kewajipan setiap hari ialah Tekan tubi, Lompat Bintang, Lompat Katak, PT Basic@Kuih Gulung, Port Roll dll. Nak tak nak mestilah kena buat  kerana arahan daripada Jurulatih aku yang mesti diikuti kecuali ada sakit-sakit kew apa dan tiada istilah letih kew lemah dan sebagainya. Sebagai anggota Palapes, kami mestilah menjalani latihan selama 3 tahun sebelum di tauliahkan. Latihan itu seperti latihan tempatan, kem berterusan, kem tahunan. Setiap orang mestilah memperkuatkan stamina diri dan bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran hidup sebagai pelajar dalam masa yang sama sebagai Askar WataniahPalapes.
Kawad ialah aktiviti wajib dalam Palapes ni. Kalau dulu zaman sekolah aku kurang aktif dalam berkawad ini, sekarang telah menjadi kewajipan aku sebagai syarat untuk tauliah mestilah pandai kawad. Bagi aku "HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH" adalah peribahasa yang boleh menjadi pencetus semangat untuk aku menempuh hari-hari yang mendatang. Kiwi kasut, gosok baju, kemas rumah telah menjadi rutin harian aku . Dalam tentera aku di ajar untuk menghormati dan berdisiplin. Untuk menjadi seorang tentera peribadi haruslah dikorbankan.
Menjadi Askar adalah cita-cita ku semenjak kecil lagi. Selepas beberapa kali aku gagal dalam interview untuk menjadi tentera, aku tekad untuk menyambung pelajaran aku supaya aku dapat menjadi anak yang berjasa pada agama, bangsa, negara dan khususnya keluarga tercinta. Alhamdulillah keputusan upu yang keluar dapat membuat kan aku sedikit gembira. Aku dapat menyambung pelajaran aku dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Animasi Dan Kepujian di UPSI. 2 Sept 2015 tarikh aku daftar di UPSI. Semasa orientasi pelajar itulah aku di perkenalkan dengan Palapes ini. Bagiku ini ialah peluang aku untuk menyertai Pasukan Tentera ni. Selepas angkat sumpah dan cop 10 jari aku dan kawan-kawan ku seramai 140 pada masa itu telah sah dalam Askar Wataniah.

Palapes Upsi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama penuh aku Muhammad Zaiful Hadi Bin Ab Latif dan nama panggilan aku "Hadi". Tahun  ini adalah tahun ketiga dan sem depan aku akan menjalani praktikal.  Aku ingin berkongsi kisah hidup aku dalam Palapes kat Upsi ni. Gambar ni ialah gambar pertama aku masuk Palapes. Mybe tarikh 10 Sept 2015. First interview untuk masuk Palapes a.k.a Askar Wataniah.