Menjadi Askar adalah cita-cita ku semenjak kecil lagi. Selepas beberapa kali aku gagal dalam interview untuk menjadi tentera, aku tekad untuk menyambung pelajaran aku supaya aku dapat menjadi anak yang berjasa pada agama, bangsa, negara dan khususnya keluarga tercinta. Alhamdulillah keputusan upu yang keluar dapat membuat kan aku sedikit gembira. Aku dapat menyambung pelajaran aku dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Animasi Dan Kepujian di UPSI. 2 Sept 2015 tarikh aku daftar di UPSI. Semasa orientasi pelajar itulah aku di perkenalkan dengan Palapes ini. Bagiku ini ialah peluang aku untuk menyertai Pasukan Tentera ni. Selepas angkat sumpah dan cop 10 jari aku dan kawan-kawan ku seramai 140 pada masa itu telah sah dalam Askar Wataniah.
Ini adalah tahun ketiga aku dan pada bulan 8 2018 ini aku bakal ditauliahkan di USM. Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang aku lalui daripada junior sampailah ke senior sekarang. Masa kecik-kecik dulu suka sangat bermain dengan bedil buat sendiri. Sekarang ni barulah dapat memegang Senjata yang sebenar. Dalam Palapes ini aku diberi kesempatan untuk mengendalikan dan mencuba senjata yang sebenar seperti M16, M203, GPMG, BOM dll. Setiap kali kem, kami dibekalkan dengan peluru blank yang banyak untuk kami menimba ilmu dalam Askar ini. Dan pengalaman yang paling best ialah dapat menembak menggunakan GPMG. Senjata ini biasanya digunakan dalam filem di dalam negara dan luar negara. Aku mestilah memperbanyakkan belajar ilmu tentera supaya aku di tauliahkan sebagai Pegawai Muda yang mempunyai skill, attitude dan knowledge yang mantap dalam setiap sudut. Bagiku rugi kalau tidak memasukki unit beruniform kerana pengalaman tidak boleh dibeli oleh wang ringgit dan sangat bermakna dalam hidup....
Comments
Post a Comment